Dec 22, 2009

Meningitis! Know your disease before its too late

Meningitis is swelling and irritation (inflammation) of the membranes covering the brain and spinal cord. This inflammation causes changes in the cerebrospinal fluid (CSF) that surrounds the brain and spinal cord.

Causes

The most common causes of meningitis are viral infections that usually get better without treatment. However, bacterial meningitis infections are extremely serious, and may result in death or brain damage even if treated.

Meningitis is also caused by:

  • Chemical irritation
  • Drug allergies
  • Fungi
  • Tumors
Symptoms

Other symptoms that can occur with this disease:

Symptoms of meningitis can come on very quickly or take a couple of days to appear. Anyone who is ill with symptoms of meningitis needs to seek medical care right away.

p/s : Al-fatihah to my cousin..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.. Amin..~ Penyakitnya disebabkan meningitis..Semuanya berlaku dengan pantas..Tuhan lebih menyayanginya..

Dec 21, 2009

GG Season 3 : Blair Waldorf


Episode 12: Blair Consoles Chuck

A car accident, a fist fight and a few more surprises are in store for the Gossip Girl gang on the season finale! For once it seems that Blair might not be in the middle of all the drama, since she's busy helping Chuck's deal with his father's death. Blair gives us one last eyeful of style in an Escada coat, Alexander McQueen dogstooth print blouse (shop the style) and a black fleece Brooks Brothers skirt (shop the style), accessorized with (black Falke fishnet tights), a Valentino bag (shop the style) and cap toe Lanvin pumps (shop the style).



pssstt : steal the look!

Biasiswa UITM 2010

TAWARAN BIASISWA SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA TAHUN 2010

To all masters students yang nak jadi lecturer..Ni peluang anda untuk mendapatkan scholar dan berkhidmat sebagai pensyarah UITM.

Disebabkan saya masih belum mendapat mana-mana scholarship..Jadi apply jer lah..Doa-doa dapat biasiswa ni..InsyaAllah..Kalau ada rezeki semuanya ok..

Semoga berjaya!!

psst: Jadi lecturer pun okay jgk..tp....kena buli lah plk nnti..huhuh..

And today : Berita Harian plk.. :)

Today, early morning..I got sms from Miss AA.. She told me about the news! Heheh..TQ dear!..Tak sangka plk masuk lagi..Suka lah kan nak letak lagi dalam blog ni :P Untuk kenangan sorang2 jer.

Ni keratan dari website berita harian plk.. :)

21/12/2009

4 remaja ke Paris
Oleh Hidayah Mohammad
hidayah@bharian.com.my



PEMENANG pertama, pasukan ShinyGirls4 dari UKM.

Blog mengenai pendidikan kecantikan rambut dipilih terbaik bagi peraduan Sunsilk

PENULISAN blog adalah cara baru untuk berkongsi maklumat bukan saja dengan rakan setempat bahkan untuk tatapan masyarakat seluruh dunia. Sejajar dengan perkembangan teknologi dan kebijaksanaan warga profesional, ia turut diterapkan dalam aktiviti remaja dalam mengembangkan ilmu serta berkongsi pendapat.

Usaha mengendalikan blog kreatif - www.shinygirls4.multiply.com mengenai rutin kecantikan dan kesihatan rambut menjadi bualan sehingga dinobatkan sebagai pemenang utama dalam pertandingan peraduan Sunsilk ‘1 Minute to Great Hair™ Blog to Paris anjuran jenama produk kecantikan rambut terkemuka, Sunsilk.

Blog berkenaan dibuka sejak dua bulan lalu memberi erti kepada empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila diumumkan akan melancong sambil belajar ke Paris.

Empat pelajar jurusan berbeza iaitu Nur Dini Sorfina Azaman daripada jurusan Pengurusan Perniagaan; Nur Izyan Othman (Teknologi Kimia); Nur Aliyah Rosmi (Genetik) dan Siti Hajar Harun (Pendidikan) bergabung tenaga dan mencurahkan kreativiti masing-masing dalam blog berkenaan.

Kesungguhan memberi maklumat mengenai kesihatan dan kecantikan rambut dengan jenama Sunsilk membuka mata juri apabila mendapati blog Shinygirls4 adalah terbaik daripada 610 pasukan penulis blog yang menyertai peraduan berkenaan yang dibuka sejak dua bulan lalu.

Nur Dini Sorfina selaku ketua pasukan berkata, hasil usaha mereka sepanjang peraduan itu akhirnya berbaloi kerana hadiah yang diterima adalah impian tiga lagi rakannya untuk terbang melancong ke Paris.

“Pertama kali menyertainya, dan kami teruja dengan tawaran hadiah berkenaan. Selain itu, kami berasa bangga kerana dapat berkongsi maklumat dan mendidik pengunjung blog mengenai kesihatan penjagaan rambut yang sempurna.

“Walaupun masing-masing sibuk dengan tugasan, menghadiri kelas dan aktiviti harian, ia tidak menjadi penghalang untuk menjayakan blog berkenaan. Kelebihannya, kami yang tinggal dalam asrama sama sempat memberi komitmen kerana matlamat kami hanya satu, iaitu memenangi pertandingan untuk ke Paris bersama,” katanya ketika ditemui selepas majlis pembentangan persembahan pusingan akhir di Rootz, Lot 10, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir mengadili persembahan peringkat akhir itu terdiri daripada Pengurus Jenama Sunsilk Unilever Malaysia, Emily Chong; Ketua Pegawai Eksekutif MYC, Jason Ko; Pengurus Kanan Pemasaran Watsons Malaysia, Faiz Shah; dan pelakon siri Sunsilk Impian, Diana Amir.

Pasukan Shinygirls4 akan menyertai lawatan sambil belajar ke beberapa tempat menarik di Paris seperti Eiffel Tower, Musée du Louvre dan banyak lagi mercu tanda menarik di ibu negara Perancis. Selain itu, Nur Dini Sorfina dan anggota pasukan akan mendapat perkhidmatan dandanan rambut, mempelajari teknik penjagaan dan dandanan rambut cara Perancis daripada pakar rambut di Paris.

Mereka berjaya menewaskan pasukan Hoshi dengan blog - we-hoshi.blogspot.com yang memenangi hadiah tempat kedua pertama berupa Biasiswa Tunai RM2,000 dan produk Sunsilk. Pasukan ini juga turut memenangi kategori sampingan iaitu Blog Gaya Rambut / Gaya Tudung Paling Menarik.

Tempat kedua pula dimenangi oleh pasukan Little Gee (www.littleworldofcmy.blogspot.com ) dengan membawa pulang hadiah Biasiswa Tunai bernilai RM1,000 sementara Pasukan Dramatic Dos (dramaticdos.blogspot.com) pula menerima Biasiswa Tunai RM500 berserta produk sebagai pemenang tempat ketiga.

Dua lagi pasukan lain membawa pulang hadiah istimewa sampingan iaitu Biasiswa Tunai RM300 dan produk menerusi tiga kategori iaitu Blog Paling Popular - pasukan Cloud Girls (makemefresh.blogspot.com) dan Blog Paling Kreatif - pasukan Our Love Life (mylovelifepuisan.blogspot.com).

Peraduan Sunsilk ‘1 Minute to Great Hair™’ Blog to Paris menerima lebih 610 pasukan penulis blog, dengan empat anggota setiap pasukan. Sepanjang berlangsungnya peraduan, seramai lebih 2,400 pelajar dari 22 universiti dan kolej di seluruh negara diberi kit panduan penjagaan dan dandanan rambut daripada Unilever Sunsilk. Berbekalkan kit ini, mereka berjaya mendekati 278,000 pelajar di kampus di seluruh negara.

Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia Singapura, Ainul Yaqin, berkata pihaknya bukan saja berjaya dalam kempen pendidikan rambut itu, tetapi mencapai sasaran jauh lebih baik daripada yang jangkakan. Sunsilk gembira kerana kempen berkenaan dapat mendekati dan mendidik bukan saja pelajar universiti, tetapi juga orang ramai

“Objektif utama Peraduan Sunsilk ‘1 Minute to Great Hair™’ Blog to Paris untuk menggalakkan pelajar mencuba untuk bekerja sebagai satu pasukan sambil mendidik rakan sebaya mengenai pentingnya cara menjaga dan mendandan rambut,” katanya.


♥ ♥ : Bila lah agaknya tarikh pergi ni kan..Jgn wat time exam sudahhhh~~

Dec 19, 2009

Keratan Akhbar Harian Metro! Heh :P


Hee..saje nak letak kat blog! Yelah..bukan slalu muka nak masuk paper kan..gegege.. Btw, ni aliyah dapat from website myMetro .. Tapi kat website takder gambar la.. :) Gambar kat atas tu lebih kurang dalam paper.. Nak jugak letak..sigh.. :P

19/12/2009 - Harian Metro

Keliling kolej setiap hari

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my


PENGALAMAN terpaksa mengetuk pintu dari satu bilik ke satu bilik di kolej kediaman Tun Hussien Onn, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi semata-mata untuk menghabiskan baucar diskaun produk penjagaan rambut Sunsilk sememangnya sesuatu yang sukar dilupakan.

Tetapi ia sedikitpun tidak mematahkan semangat mereka untuk memastikan setiap risalah diedar bagi tugasan itu dihabiskan mengikut masa ditetapkan.

Lebih-lebih lagi persahabatan pasukan yang dikenali sebagai ShinyGirls4 yang terjalin sejak tahun pertama di universiti berkenaan menjadi makin kukuh dan bermakna.

Nur Dini Sorfina Azaman, 24, Nur Izyan Othman, 22, Nur Aliyah Rosmi, 22, dan Siti Hajar Harun, 22, berjaya membuktikan walaupun masa peraduan mencipta blog Sunsilk 1 Minute to Great Hair ke Paris hanya diberikan dua bulan, ia dimanfaatkan sebaik mungkin.


Empat gadis manis pelajar semester akhir dalam bidang berlainan di UKM itu membuktikan mereka mampu melakukannya walaupun pada masa sama, menghadapi peperiksaan akhir pengajian mereka.

Dalam pemilihan pemenang utama berkenaan, mereka melakonkan sketsa selama lima minit yang berjaya menarik perhatian juri kerana lengkap dengan mesej tersendiri bagi menarik minat golongan muda menggunakan perapi Sunsilk untuk mendapatkan rambut yang tiga kali lebih lembut dan licin berbanding biasa.

Sebagai pemenang utama peraduan mencipta blog Sunsilk 1 Minute to Great Hair ke Paris, mereka berempat akan dibawa melawat Eiffel Tower, Musee du Louvre dan pelbagai mercu tanda menarik di Perancis.

Di samping itu, penganjur turut merancang pelbagai aktiviti termasuk ujian, teknik penjagaan rambut serta cara dandanan rambut ala Perancis daripada pakar.

Nur Dini Sorfina berkata, ia umpama mimpi apabila diumumkan sebagai pemenang utama peraduan berkenaan.

Dia akui, usaha yang dilakukan sebelum ini nyata membuahkan hasil lumayan apabila berjaya menarik perhatian juri dan mengalahkan pasukan lain.

"Kerjasama yang diterapkan ketika menghasilkan blog berkenaan secara bergilir-gilir untuk menyiapkannya sememangnya berbaloi.

"Saya tidak akan melupakan pengalaman kami ketika melakukan aktiviti hingga sanggup mengelilingi kolej kediaman setiap hari semata-mata untuk menghabiskan baucar diskaun dan 'memancing undi'," katanya.

Bagi Nur Izyan pula, walaupun sibuk untuk menyiapkan keperluan bagi peraduan berkenaan, pelajaran tidak pernah sesekali dilupakan.

Katanya, tidak salah untuk melakukan pelbagai aktiviti dalam satu-satu masa sekiranya boleh membahagikan masa untuk melakukannya.

Sementara itu, Nur Aliyah berkata, sokongan keluarga dan rakan juga penting untuk menjayakannya.

"Mereka perlu diberi penerangan secukupnya mengenai perkara ini memandangkan kami semua berada dalam semester akhir dan berhadapan dengan peperiksaan yang bakal menentukan hala tuju hidup selepas ini.

"Memahami antara satu sama lain serta kerjasama antara ahli pasukan cukup penting bagi merealisasikan impian ini," katanya.

Siti Hajar pula menegaskan, persahabatan yang terjalin antara mereka makin kukuh dan berharap ia berkekalan sampai bila-bila.

Menurutnya, sungguhpun berbeza bidang pengajian, keserasian yang wujud sejak awal membolehkan mereka mencipta pelbagai idea bernas bersama-sama.

Objektif peraduan mencipta blog Sunsilk 1 Minute To Great Hair ke Paris itu adalah untuk menggalakkan pelajar bekerja sebagai satu pasukan sambil mendidik rakan sebaya mengenai kepentingan untuk menjaga dan mendandan rambut.

Daripada 2,440 penyertaan, hanya lapan pasukan berjaya menempatkan diri mereka ke pertandingan akhir yang berlangsung di Rootz, Lot 10, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 10 Disember, baru-baru ini.

Antaranya pasukan Hoshi, Cloud Girls (Kolej Lagenda), ShinyGirls4 (UKM), Dramatic Dos (Kolej Taylor, Petaling Jaya), Little Gee, Go Girls Go, Glamorous (UKM) dan Our Love Life.

Penyertaan peserta dinilai berdasarkan bilangan pengunjung blog, mata dikumpul menerusi program baucar diskaun serta pembentangan ketika pusingan akhir peraduan.

Mereka diadili Pengurus Jenama Sunsilk Unilever Malaysia, Emily Chong; Ketua Pegawai Eksekutif MYC, Jason Ko; Pengurus Kanan Pemasaran Watsons Malaysia, Faiz Shah serta pelakon siri Sunsilk Impian, Diana Amir.

Hadir sama, Pengurus Pembangunan Pelanggan Unilever, Goh Ee Lin.

Untuk hadiah pertama, setiap ahli pasukan membawa pulang biasiswa tunai sebanyak RM2,000 dan produk Sunsilk.

Tempat kedua dan ketiga memperoleh biasiswa tunai RM1,000 dan RM500 serta produk Sunsilk setiap seorang.

Selain itu, turut diadakan pertandingan Blog Paling Popular yang dimenangi pasukan Cloud Girls manakala pasukan Our Love Life dianugerahkan gelaran Blog Paling Kreatif.

Bagi gelaran Blog Gaya Rambut atau Tudung Paling Menarik, ia dimenangi pasukan Hoshi yang mana ahli pasukan berkenaan semuanya memakai tudung.

Ini disebabkan mereka berjaya memaparkan paling banyak gaya rambut menarik dengan pelbagai aktiviti sebagai penuntut di institusi pengajian tinggi walaupun bertudung.

Setiap pasukan membawa pulang biasiswa tunai RM300 dan produk Sunsilk.

 

Beautiful stranger♥ Copyright © 2009 Girlymagz is Designed by Bie Girl Vector by Ipietoon